Wednesday, March 30, 2011

Jahanam Lagu


Aku sekarang kalau masuk karaoke, suka jerit je..tak.minat dah nyanyi, stail.macam samseng minum todi..melodi memang ikut suka..entah samseng mana yang merasuk dalam badan pun aku tak tahu,maklumlah rockers. Ah..aku bayar, aku punya sukalah..kalau korang yang sponsor barulah aku nyanyi elok-elok sikit (tapi tak janji).
Semalam aku terpergi Neway, minum air juice topping apajadahntah dengan air milkshake apebendantah,makan fish and frenchfries apanamantah aku tak ingat,  boleh karaoke 3 jam..bilik karaoke besar gedabak dengan bilik air berjamban duduk, air cond, wifi percuma, lampu boleh adjust..microphone sampai 4(kalau suara tak sedap memang tak boleh nak salahkan mic..sebab ada 4), …dan untuk semua tu aku bayar Rm24 sahaja. Murah..tapi dia kira ikut kepalalah.Kalau korang bawak masuk banyak kepala..duit kena up lagi la.
Memamdangkan masa untuk berkaraoke adalah 3 jam, tak payah rushing mashing sangat, nak stop semayang pun boleh kalau tak datang haid. Aku misalnya..bukannye aku nyanyi 3 jam..gila ape nak nyanyi 3 jam..Siti Nurhaliza pun terkencet gitu. Aku makan relax-relax masuk mulut..karaoke..pastu gi kencing relax-relax penuh beradab..karaoke..main wifi kat notebook..check email kalo dapat interview..sambung karaoke..baca fesbuk..ushar twitter..reply sms..sambung karaoke.
Pesen begini sebenarnya tak lari jauh dengan pesen kebanyakkan penyanyi zaman sekarang. Mulut je kata nak jadi penyanyi, tapi tu sebenarnya modal untuk dijadikan pemangkin untuk dapat job berlakon, dapat job jadi jurucakap produk, jadi deejay radio, meniaga bazaar ramadhan dan lain-lain. Jadi tak pelik kalau orang masuk bilik karoke nak memain wifi atau memberak sekalipun. Ada gak yang beromen.kehkehkeh. Cuma..kalau masuk karaoke yang pakai token tu..nyanyi je la..kang tak pesal-pesal kena pijak dengan tokei kalau mintak menu makanan atau wifi.kehkeh.
Akhir kata, korang tahu tak teknik atau tips nak nyanyi karaoke dengan sedap? Kalau tahu..tolong turunkan ilmu vokal tu sikit. Mana tahu akan datang aku terpergi karaoke lagi. Hekehk.Kurang-kurang takdelah sendiri nyanyi,sendiri menanah telinga.

Friday, March 25, 2011

STEADY

Peh..punyalah nerves nak amik keputusan SPM. Nak tido pun kemain terimbau-imbau masa jawab soalan dulu..entah ok entah tidaklah aku jawab. Sambil tu berkira-kira jugaklah berapa A boleh dapat..berapa B boleh dapat. C harapnya takdelah.  Berdebar bukan main tau. Lebih kurang camtulah seram sejuk hati aku.

Pengalaman mendapat keputusan SPM tu sangat memorable. Pagi tu gosok gigi 4 round, biasanya seround je.. maklumlah nanti nak kena senyum sokmo depan kawan-kawan dan para cikgu. Masuk dewan nak amik keputusan dah mula senyum, bila tengok je keputusan..muka sumpah macam tempoyak.


Tapi bila detik nak amik keputusan tu datang, aku fikir dua benda je..pertama BM dapat A dan keduanya Add Math kena lulus. Selebihnya aku jangka kalau tak dapat A..dapat B lah. Amacam..steady tak?


Alkisahnya, BM ni memamg paper wajib lah untuk aku dapat A, kalau dari form 1 dapat A tapi SPM yang sebenar tak dapat A memanglah haramjadah. Cuma yang jadi bergelut sikit adalah masa aku menjawab kertas penulisan..aku ada tulis lain macam sikit. Aku baca soalan dengan cermat kemudian aku karang satu esei yang aku rasa sedap-sedap jugak. Disebabkan aku tak mahu tulis macam skema, jadi aku kekonon buatlah garapan yang thrill skit. Bila dah siap, aku baca balik esei aku..pastu aku jadi ragu-ragu. Esei tu kalau pemeriksa faham garapan aku..maka A lah. Tapi kalau dia tersalah faham..maka esei tu bolehlah dianggap sebagai lari tajuk.mampus. Padan muka aku..sapa suruh nak thrill sangat. Dalam keadaan yg mula kecuakan..lebih kurang 15 minit tinggal..aku ubah sikit-sikit esei aku..ketatkan mana-mana skru ayat supaya pemeriksa faham betul. Kelam kabut lah time tu..merah muka. Akhirnya aku siap disertakan doa supaya takde malapetaka..supaya dia faham apa yang aku nak sampaikan.


Aku punya frust dengan paper penulisan sampai aku sms cikgu BM, mengadu takleh nak buat yang terbaik..giler mengada perangai.kahkah. Sampai susah dia tak reply sms aku..hampeh.


Add math pulak dah memang sedia maklum paper yang dah bunuh aku berkali-kali sepanjang form 4 dan 5. Ni kalau SPM pun kena bunuh, kena babai lah nak masuk Unibesiti..terkubur. Padahal add math ni sebenarnya kalau dapat jawab dua soalan betul pun dah boleh lulus..tak payah nak study semua topik pun. So aku pun buat gitu lah..instead of susah payah study semua topik..aku just directly study yang aku nak jawab je.


Yang add Math ni takdelah aku buat gedik sms cikgu. Mana taknya, aku dah lah add math selalu tak buat kerja sekolah, pastu gagal memanjang..dah tentu-tentulah tak ngam dengan cikgu add math..buat menyampah je cikgu add math baca sms aku nanti.


Akhirnya di hari keputusan SPM diumumkan, BM aku A dan Add Math aku lulus. Yang lain-lain kalau tak A..dapatlah B..x dapat B dapatlah C..  Aku dapat sama seperti apa yang aku usahakan..fair enough. Syukur dan steady!

Wednesday, March 23, 2011

RESULT


Yesterday I called Frank Lampard to express my frustration regarding current form of Chelsea, which is macam lalang. Since we were in the same kinder garden a lot years ago, so I got his number in my cell phone . I press ‘Lampad’, his nick name.

Fit : Hello Lampard..what the hell happen to Chelsea huh..Seems like you guys cannot play properly, tahi..! no champions league ..and premier league is jauh panggang dari api!

Lampard : We are out of the Champions League, we are really far away from the top of the Premier League, so we have to change our targets. We have to look to the Europa League, the FA Cup as the only competitions we can win this season. And making sure that we stay in the top four.

Fit : Europa League? FA Cup? Aiyaaa.. make sure you guys got it !..if not I will make a special proposal for you guys to enter Malaysia Super League..there will be Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan..you want it?

Lampard : Waah..thats wonderful, I can learn from Amri Yahyah and Zaquan Adha,right?

Fit : Your brain berjambul . Im so angry right now, you know.

Lampard : Anyway my best friend, let’s forget about  Chelsea’s result for a while, I wonder how is your exam result.. ?

Fit : Errrr…er…Well..we are in the same boot..i got %&*()^%$ tuuuuuuutttt……(suddenly the line blurred and dead)

Standard la, international rate is so expensive!!

Monday, March 21, 2011

YAA...BANJIR SUDAH DATANG

assalamualaikum

salam sejahtera

entri kali ini aku nak cerita pasal my lovely village yang diserang banjir

hari ini banjir melawat kampung aku sekali lagi

ini sudah kali ke-3

tapi aku tidaklah gabra macam kat jepon 2

tidaklah juga sempat nak tangkap gambar untuk diuploadkan

kerana aku berada di taiping ketika ini..haha

aku harap tiada kemalangan jiwa berlaku

kalau diizinkan hendaklah aku bercerita tentang banjir yang pertama

sebab yang pertama paling hardcore

kerana apa?

ya..kerana aku telah dihanyutkan

walaupun skill renang penuh didada

tidak ubah seperti micheal phelp
namun tetap kalah dengan kekuatan Poseidon

(maaf..imaginasi menguasai diri sebentar tadi)

sambung kembali

aku hanyut tapi bukanlah lemas

kalau lemas aku pun tak nak cerita kat korang

aku sengaja membiarkan diri dihanyutkan kerana bersebab

biarlah ia menjadi misteri

aku kan suka buat cerita tergantung

........

banjir kali kedua aku tidak hanyut dah

tak kan nak hanyut lagi kot

malu la kat awek-awek

"apa barang hanyut,harap jer beachboy"sindir si Qistina nanti

namun aku bersyukur kerana paras air tidak cukup power untuk memasuki rumah aku

walaupun rumah sebelah air sudah cecah dada

aneh kan?

ini sebab tapak rumah aku lebih tinggi lagi kukuh

namun kami sekeluarga tetap perlu dipindahkan sementara ke dewan orang ramai

yela.,mane taw tetibe jer tsunami datang

kuasa Allah tersangatlah besar

Allah Maha Besar

keesokkan harinya air semakin surut 

pemuda kampung pulak akan bergotong-royong membantu membersihkan rumah yang menjadi mangsa banjir

nasib baik rumah aku selamat

kalau tidak malu aku dengan bilik aku yang bersepah

kalau bilik kau kemas sah kau perempuan

................

tapi bagi warga kampung aku
banjir ini merupakan perkara biasa

takde lah sampai nak heboh masok tv3 ker

banjir pon boleh dikira sebagai rezeki kalau dipandang dari sudut lain

contohnya ikan-ikan dari hilir akan dihanyutkan ke kampung aku

 lalu menjadi mangsa joran aku..haha

oke la

setakat ini sahaja aku cerita

 kalau ade gempa bumi ker,taufan ker
aku citer lagi  kat korang

bye










Tuesday, March 15, 2011

I MISS U


Semalam masa aku balik dari merayau aku terdengar lagu ni kat dalam kereta member aku..stesen radio mana aku tak tahu dan tak amik peduli. Bila dengar lagu ni, fikiran aku hanya dililit dengan bayangan wajah-wajah kau je..sampai meleret-leret aku ke lembah kerinduan..jiwang kan? Sampai rumah, aku cuba muaturun lagu ni sampai boleh,meski dibantususahkan dengan kelajuan internet yang bikin hati jadi panas..tapi akhirnya complete jugak. Sebelum tido aku setting alarm kat phone, kemudian aku main kan lagu ni berulang, semacam aku panggil-panggil kau supaya kau datang ke sini..jadi teman aku sampai bila-bila.Lagu tu tajuknya when you’re gone.
I always needed time on my own, I never thought I’d need you there when I cry,
And the days feel like years when I’m alone,
And the bed where you lie is made up on your side.
When you walk away, I count the steps that you take,
Do you see how much I need you right now?
When you’re gone, 
The pieces of my heart are missing you, 
When you’re gone, 
The face I came to know is missing too,
When you’re gone..
The words I need to hear to always get me through The day, and make it ok..
I miss you..
I’ve never felt this way before, Everything that I do reminds me of you,
And the clothes you left, they lie on the floor,
And they smell just like you,
I love the things that you do, When you walk away, I count the steps that you take,
Do you see how much I need you right now?
When you’re gone,
The pieces of my heart are missing you,
And when you’re gone,
The face I came to know is missing too,
And when you’re gone,
The words I need to hear to always get me through The day, and make it ok.. I miss you.
We were made for each other, Out here forever, I know we were, yeah… And all I ever wanted was for you to know, Everything I’d do, I’d give my heart and soul I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah.
When you’re gone, The pieces of my heart are missing you, And when you’re gone, The face I came to know is missing too, And when you’re gone.. All the words I need to hear will always get me through The day,and make it ok..I miss you.

SOMETHING I LOVE MYSELF


Hai Fit! Apa khabar? Awak kacak tak hari ni? Of course lah kacak ye dak.tak pernah sehari pun saya nampak awak tak kacak.sungguh! Awak tahu tak kenapa saya tulis entri ni? Alaa..kura-kura dalam perahu, pretend-pretend tak tahu pulak. Kan awak sendiri yang suruh saya tulis entri ni sebab awak tak reti nak cerita tentang something awak love tentang diri sendiri. Awak ni mengada taw…benda senang pun awak tak reti ke..harap body je sasa dan muka je kacak.Uwekk.
Oklah saya teruskan lah tujuan asal saya menulis entri ni..  #Pertama sekali awak ni tak reti mencarutlah. Saya suka awak yang tak reti mencarut tu. Sejak saya kenal awak tak pernah sekhali pun awak mencharut. Hehehe..tipupu je.  Ada juga awak mencarut sebenarnya..tapi tak mencarut secara kesat lah..tak emo-oriented..mencarut secara syomel-syomel tu memang ada.hihi. Tpi selalunya tak ada. Kalau  emosi tercalar pun awak cakap something yang lembut di luar kesat di dalam. Comel lah awak ni.hihi.
#Keduanya awak susah nak bosan. Saya suka awak yang susah nak bosan. Orang yang mudah bosan ni karenanhnya banyak, tapi awak tak..awak tenang je. Awak berminat dengan banyak perkara baru, pada masa yang sama tak bosan dengan perkara yang lama.Wah..sonoknya cemtu. Itulah orang kabor simple and kacaks. Wahaha.oklah saya melawak kosong je. Orang kata, kalau orang yang susah bosan ni sebenarnya dia tu membosankan. Saya pun rasa gitu…tapi tak jadi hal lah sebab awak ni bosan and interesting at your own way. Sowielah banyak pulak saya tulis perkatan omputeh bercampur-campur..saya kan gedikw.tehehew.
Itu jelah saya nak tulis. Cukup tak?Cukup tak? Cukuplah tu..kang saya tulis banyak-banyak awak muntah hijau pulak. Lain-lain contoh seperti penyayang, setia, berbudi bahasa,rajin, berbadan sasa, berhemah, baik hati, jujur, pemaaf tu benda basic lah..tak perlulah saya nak ceritakan kan kan.hewhewhew.
Sekian saja dari saya yang tersayang. lol

Wednesday, March 9, 2011

FRANK LAMPARD


Aku dulu masa kuar makan ada berkenalan dengan sorang perempuan. Namanya Qistina..hai Qistina! Ada satu hari tu aku jumpa dia kat dalam kedai makan. Dia kata dia suka Liverpool. Dia kata lagi, dia suka sebab Liverpool ada satu player ni..
“Gerard?” teka aku.Dia kata bukan.
“Torres” pun dia kata bukan.
“Caroll” “Joe Cole”
“Johnson”
Semua yang aku teka dia kata salah dan salah. Tercabar pulak knowledge bolasepak kat dada ni. Kalau tak dapat teka, rugilah beli paper terus bukak ruangan sukan iye dak.
“Alaa…ada satu player ni..cuba sebut lagi nama-nama player Liverpool.” Qistina masih mahu mengingatkan nama player Liverpool yang dia suka tu.
Aku surf laman web Liverpoolfc.tv melalui netbook, mana tahu ada player penting yang aku terlupa nak sebut . Kemudian aku sebut satu persatu nama player Liverpool dari goalkeeper sampai ke nama pemain  Liverpool dulu-dulu. Pun takde hasil. “Takpelah.Aku lak suka Chelsea. Mungkin sebab ada Frank Lampard kut” kata aku, mengalah..malas dah nak main teka-teka.
“Haaa..Qistina suka Liverpool sebab ada Lampard!” kata dia, dah ingat nama player Liverpool yang dia suka, Frank Lampard.
Tekanan mental terus aku.
                                                                   Frank Lampard

HAMPEH


Aku bukak beg..mencari-cari barang, pastu terlupa apa benda yg aku nak cari tadi. Chewgum? Bukan. Pen? Pun bukan. Pistol? Lagilah bukan. Terus aku tutup beg sebab malas nak fikir-fikir dan renung-renung.
Tak lama kmudian aku bukak beg balik, cari-cari..pastu sekali lagi lupa aku nak cari apajadah.
Sekarang baru aku ingat..aku nak cari beg aku rupanya. Comel tak perangai pesen ni? Comel kan kan kan?

Saturday, March 5, 2011

SALAM PERKENALAN

yo

lupe plak nak perkenalkan diri[haha]

okey la

nama ak

muhammad fitri bin hamidi

klo ko pompuan bley pggil aku abang fit

 tp org slalu pggil fit midi jer

a.k.a

brooke

mcm mne la name 2 bley lekat kat aku

umur aku nk dekat 18

aku neh suke gelak

 bile sedey aku gelak

bile kene marah pon aku gelak

so dapat ler hi-5 kat muka

aku neh lahir mlm 1st raye

kembar plak tuh

pastu dapat ler masok paper

kcik-kcik da jadi selebriti

erm,aku neh fishingholic

suke berenang jugak

so aku nie dikira sbgai beachboy la[haha]

ape lagi aku nak tulis neh

haa! lagi 1

aku nak bini cun

amin

haha

bye










Friday, March 4, 2011

FISHINGHOLIC

BORING!

bile la aku dapat join ayah aku pegi mancing lagi

taw la ade gap antara aku ngan orang tua aku

tapi ikan kat laut da lame x kene penangan mata kail aku

maklum la professional

sian kat joran aku yang menyepi kat bilik aku neh

nasib baik ade sarang labah-labah teman

dulu-dulu klo pegi mancing

banyak ikan aku dapat

pompuan pon aku banyak dapat[haha]

tapi disebabkan aku 'belasah' comat punye pasal

aku diblacklistkan oleh ayah sendiri

hurm

rindu plak masa kecik-kecik

chomel bukan maen

haha 





KENANGAN SEKOLAH RENDAH


-nie bende yang selalu aku praktikan bile sekolah rendah dulu-

#Homework tak buat, bila cikgu mintak buat-buat cari dalam beg,pastu kata tertinggal kat rumah pulak..sambil buat muka terkilan sebab tertinggal buku
#Dapat hadiah pen,pensel dan pembaris sebab markah sains 80% ke atas. Balik cerita kat mak.
#Nak masuk pertengahan tahun buku karangan bahasa melayu takde lagi, mana taknya..bila siap tulis satu perenggan terus berhenti sebab takde idea.
#Yang peliknya…bila exam pertengahan tahun markah karangan aku pulak yang paling tinggi. Cikgu siap salin karangan aku kat papan hitam sebagai contoh untuk murid lain. Perasaan time tu…kacak. Eh kacak bukan perasaan. Tak dapat digambarkan dengan kata.. Blushing sebenarnya.
#Bila subjek pendidikan seni je..mesti aku kena denda sebab tak bawa bahan-bahan yang cikgu suruh. Malas betul nak cari manila kad lah, kentang lah, kain buruk lah, jarum lah..biji-bijian lah..kertas kilat lah..jadahlah. Sanggup kena denda daripada menyusahkan mak cari bahan-bahan tu.
#Suka main lawan pemadam dengan budak kelas. Walaupun pemadam ada yang dah terbelah..aku lekat balik guna gam sebab menganggap pemadam tu afalah hero yang berjuang walaupun tercedera ketika berlawan.
#Suka ushar sorang anak cikgu tu. Nervous je bila dekat-dekat dengan dia. Pastu suatu hari dia cakap ‘hai’.
#Benda kedua best bila kena pergi perpustakaan, sampai berebut nak baca buku.
#Benda paling best bila dengar loceng berdering, loceng rehat dengan loceng balik.
Kringggggg!!!! Ok nanti tulis kenangan zaman sekolah menengah pulak.

Thursday, March 3, 2011

INTERVIEW


**Cik Penemuduga = P
**Encik Calon = C
P : Dah makan?
C : Sudah. Sudah.
P : In your opinion,what things important to maintain team spirit?
C : *garu-garu kepala* Saya tak tahu sangat import-export cik.
P : Ok, encik tak faham english ya.
C : Ya, saya tahu melayu saja cik. Kalau inggeris saya tahu fakyu, i miss you baby, good night sweet heart, give me burger prosperity one dengan thank you.
P : Ok takpelah. Perkara apa yang penting supaya semangat berpasukan tu kukuh?
C : Facebook
P : Hmm. Apa yang anda telah pelajari daripada majikan anda sebelum ni? Ceritakan.
C : Boss perempuan memang macam singa dia punya garang.
P : Oh..pernah kena marah ke?
C : Saya tak pernah tak kena marah.
P : Ok. Saya bagi kamu satu situasi, kamu ternampak rakan sekerja makan di kawasan jualan di hadapan pelanggan..apa respon kamu?
C : Kalau saya tengah lapar mungkin saya mintak sikitlah cik, nak rasa, mana boleh lokek makan sorang..kata member.
P : Tapi polisi kat sini mengatakan staff dilarang makan di hadapan pelanggan..cemana?
C : Tapi saya belum jadi staff lagi..cemana.
P : Apa reaksi kamu kalau nampak rakan sekerja balik awal?
C : Terkejut
P : Kamu taknak laporkan pada pihak atasan?
C : Maybe saya laporkan, maybe tak..maybe it’s maybeline..
P: Kamu main-main ya?
C: Mana ada cik.
P: Baiklah. Apakah elemen yang penting dalam perkhidmatan pelanggan?
C: Makwe didahulukan.
P : Alright..i dont think you are suitable for this job. Do you have anything to ask?
C : Give me burger prosperity one.
P : Fakyu.
C : Please do.