Monday, March 21, 2011

YAA...BANJIR SUDAH DATANG

assalamualaikum

salam sejahtera

entri kali ini aku nak cerita pasal my lovely village yang diserang banjir

hari ini banjir melawat kampung aku sekali lagi

ini sudah kali ke-3

tapi aku tidaklah gabra macam kat jepon 2

tidaklah juga sempat nak tangkap gambar untuk diuploadkan

kerana aku berada di taiping ketika ini..haha

aku harap tiada kemalangan jiwa berlaku

kalau diizinkan hendaklah aku bercerita tentang banjir yang pertama

sebab yang pertama paling hardcore

kerana apa?

ya..kerana aku telah dihanyutkan

walaupun skill renang penuh didada

tidak ubah seperti micheal phelp
namun tetap kalah dengan kekuatan Poseidon

(maaf..imaginasi menguasai diri sebentar tadi)

sambung kembali

aku hanyut tapi bukanlah lemas

kalau lemas aku pun tak nak cerita kat korang

aku sengaja membiarkan diri dihanyutkan kerana bersebab

biarlah ia menjadi misteri

aku kan suka buat cerita tergantung

........

banjir kali kedua aku tidak hanyut dah

tak kan nak hanyut lagi kot

malu la kat awek-awek

"apa barang hanyut,harap jer beachboy"sindir si Qistina nanti

namun aku bersyukur kerana paras air tidak cukup power untuk memasuki rumah aku

walaupun rumah sebelah air sudah cecah dada

aneh kan?

ini sebab tapak rumah aku lebih tinggi lagi kukuh

namun kami sekeluarga tetap perlu dipindahkan sementara ke dewan orang ramai

yela.,mane taw tetibe jer tsunami datang

kuasa Allah tersangatlah besar

Allah Maha Besar

keesokkan harinya air semakin surut 

pemuda kampung pulak akan bergotong-royong membantu membersihkan rumah yang menjadi mangsa banjir

nasib baik rumah aku selamat

kalau tidak malu aku dengan bilik aku yang bersepah

kalau bilik kau kemas sah kau perempuan

................

tapi bagi warga kampung aku
banjir ini merupakan perkara biasa

takde lah sampai nak heboh masok tv3 ker

banjir pon boleh dikira sebagai rezeki kalau dipandang dari sudut lain

contohnya ikan-ikan dari hilir akan dihanyutkan ke kampung aku

 lalu menjadi mangsa joran aku..haha

oke la

setakat ini sahaja aku cerita

 kalau ade gempa bumi ker,taufan ker
aku citer lagi  kat korang

bye










0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home