Friday, March 25, 2011

STEADY

Peh..punyalah nerves nak amik keputusan SPM. Nak tido pun kemain terimbau-imbau masa jawab soalan dulu..entah ok entah tidaklah aku jawab. Sambil tu berkira-kira jugaklah berapa A boleh dapat..berapa B boleh dapat. C harapnya takdelah.  Berdebar bukan main tau. Lebih kurang camtulah seram sejuk hati aku.

Pengalaman mendapat keputusan SPM tu sangat memorable. Pagi tu gosok gigi 4 round, biasanya seround je.. maklumlah nanti nak kena senyum sokmo depan kawan-kawan dan para cikgu. Masuk dewan nak amik keputusan dah mula senyum, bila tengok je keputusan..muka sumpah macam tempoyak.


Tapi bila detik nak amik keputusan tu datang, aku fikir dua benda je..pertama BM dapat A dan keduanya Add Math kena lulus. Selebihnya aku jangka kalau tak dapat A..dapat B lah. Amacam..steady tak?


Alkisahnya, BM ni memamg paper wajib lah untuk aku dapat A, kalau dari form 1 dapat A tapi SPM yang sebenar tak dapat A memanglah haramjadah. Cuma yang jadi bergelut sikit adalah masa aku menjawab kertas penulisan..aku ada tulis lain macam sikit. Aku baca soalan dengan cermat kemudian aku karang satu esei yang aku rasa sedap-sedap jugak. Disebabkan aku tak mahu tulis macam skema, jadi aku kekonon buatlah garapan yang thrill skit. Bila dah siap, aku baca balik esei aku..pastu aku jadi ragu-ragu. Esei tu kalau pemeriksa faham garapan aku..maka A lah. Tapi kalau dia tersalah faham..maka esei tu bolehlah dianggap sebagai lari tajuk.mampus. Padan muka aku..sapa suruh nak thrill sangat. Dalam keadaan yg mula kecuakan..lebih kurang 15 minit tinggal..aku ubah sikit-sikit esei aku..ketatkan mana-mana skru ayat supaya pemeriksa faham betul. Kelam kabut lah time tu..merah muka. Akhirnya aku siap disertakan doa supaya takde malapetaka..supaya dia faham apa yang aku nak sampaikan.


Aku punya frust dengan paper penulisan sampai aku sms cikgu BM, mengadu takleh nak buat yang terbaik..giler mengada perangai.kahkah. Sampai susah dia tak reply sms aku..hampeh.


Add math pulak dah memang sedia maklum paper yang dah bunuh aku berkali-kali sepanjang form 4 dan 5. Ni kalau SPM pun kena bunuh, kena babai lah nak masuk Unibesiti..terkubur. Padahal add math ni sebenarnya kalau dapat jawab dua soalan betul pun dah boleh lulus..tak payah nak study semua topik pun. So aku pun buat gitu lah..instead of susah payah study semua topik..aku just directly study yang aku nak jawab je.


Yang add Math ni takdelah aku buat gedik sms cikgu. Mana taknya, aku dah lah add math selalu tak buat kerja sekolah, pastu gagal memanjang..dah tentu-tentulah tak ngam dengan cikgu add math..buat menyampah je cikgu add math baca sms aku nanti.


Akhirnya di hari keputusan SPM diumumkan, BM aku A dan Add Math aku lulus. Yang lain-lain kalau tak A..dapatlah B..x dapat B dapatlah C..  Aku dapat sama seperti apa yang aku usahakan..fair enough. Syukur dan steady!

2 Comments:

At March 25, 2011 at 10:53 AM , Blogger Mazrina M. said...

positif nye kau

 
At March 26, 2011 at 10:30 PM , Blogger fit midi said...

aku optimis

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home