Monday, August 22, 2011

UNTUK TONGGOI

ce ko buat blog sendiri..abes citer

Saturday, April 30, 2011

Di Pagi Ahad


Di pagi ahad yang indah ini ada baiknya juga kalau aku melakukan sedikit senaman tangan ringan yang dipanggil Facebook. Ye tak? Begitulah niat hati aku tadi, tapi niat tinggal niat sajalah, sapa je yang ada online fesbuk pagi-pagi ahad ni woi. Contoh terdekat adalah diri aku sendiri, seorang yang mudah kesian, kadang(selalu) kesian rasanya nak tinggalkan bantal sorang-sorang kat atas katil nun, terpaksalah menemannya sampai tengahari sikit. Sikap yang mulia, sila salute.
Maka aku gunakan medium blog untuk senaman tangan. Oklah tu..kang nak berpoco-poco nanti dituduh melakukan pemujaan makhluk asing pulak..haram tu.haram ye dak orang Perak? Hehe. Lagipun menulis ni kalau nak tahu, buka sebarangan senaman tangan, ianya turut melibatkan minda dan rohaniah. Sambil.menulis kita berfikir dan menganalisa…maka secara saintifiknya aliran darah pun naik ke otak lalu turun ke paru-paru dan hati lah.cewaaahh!
Kalau kat tempat keje, kalau aku rasa bosan atau tension, atau rasa lemau-lemau susu, aku pun bersenamlah bagi menghilangkan rasa-rasa tak baik tu. Tapi takde lah aku goyangkan pinggul, lipat tangan ke tengkuk dalam kiraan 5 atau panjat-panjat meja bos. Bukan ya kawan-kawan. Biasanya aku akan bersenam dengan cara pergi membeli barang..tu dia haa…cara senaman mazhab manalah aku ikut ntah.
Apa-apa pun, senaman ni lagi memenatkan kalau kaunter juruwang tu ramai orang. Bila ramai orang automatik aku pening kepala, sebab tu aku nervous nak bercakap depan orang ramai. Tapi takpe, banyak lagi alternatif lain untuk mencari kedamaian, contohnya melihat ciptaan tuhan yang menakjubkan, terutamanya yang lawa dan comel..errr ni dah lain dah ni.
Macam aku cakap tadi aku bertugas kat stesen minyak, jadi macam-macamlah pesen manusia..kalau secara klisenya lelaki mesti suka tengok perempuan hot sexy ye tak..tu tak dapat nak elak, tapi sebenarnya sakit mata juga..yang mendamaikan sebenarnya tengok budak-budak kecik ataupun baby dalam stroller..lebih-lebih lagi kalau baby tu pandang kau pastu kau pandang baby tu, bertentang mata…pastu baby nangeh..=_=
Dan lagi satu, kalau dah penat-penat kerja..rehatlah sekejap baca suratkhabar, pastu lalu pulak wanita-wanita berbondong-bondong pergi ke surau menunaikan kewajipan, sejuk je hati..sebagai seorang lelaki tetiba rasa tercabar plak. Wanita ni memang by nature mereka lebih setia dan komited berbanding lelaki..sama ada kepada agamanya atau kepada orang yang disayangi. Eh..seindah-indah wanita kan wanita solehah,nak cakap banyak apa lagi kan kan.. cewah.
Itu je lah senaman pada pagi ini. Kita kembali bersiaran di facebook. Roger and out.

Thursday, April 14, 2011

i-p-o-h

assalamualaikum ya kengkawan

lame bebenor aku tak update kejadah neh

mesti korang lelaju bukak post aku kan

itu tanda korang rindu kat aku la tu

haha

okey cukup dah merepek

entri kali ini aku nak citer sikit pasal hidup aku bebaru nie

untuk pengetahuan korang sekarang aku keje kat Shell

Shell Bercham..mai la isi minyak kat situ

V-Power RM2.70 seliter
Feulsave RM1.90 seliter

mesti korang pening cemana aku bleh lepas kesitu

panjang citer nyer..so tak payah la aku citer

bukan aku saja yang keje kat situ

Caol pon same

bezanya dye cashier dalam aku cashier luar

aku sangat puas dengan kehidupan aku sekarang

kalo syif pagi dapat ler aku ngan Caol jogging kat padang Polo belah petang

pastu belah malam pulak keje kat kedai Din Bukit

dapat ler tambah sikit duit belanja

pastu kalo kudrat ade lagi pegi pulak hang out ngan Tobi,Meor dan Gorn

tengok bola

semedang Chelsea kalah jer

kene buatan MU kot

maklumlah MU kan ade lambang setan

* * *
sekarang aku dah beli tali skipping baru

sape-sape nak lawan aku on jer

hayun belakang pastu buat silang lagi

korang boleh ker

* * *
malam selasa ade pasar malam

asyik-asyik beli ayam rangka

sebab tu badan tinggal rangka jer

pastu aku nak tanye sikit kat orang ipoh

pasar malam tempat awek-awek cun berlepak ker?

tapi rase nak penyepak yang pakai legging

lemak berkumpul kat peha nak nunjuk

BODO

* * *

okay la

aku nak blah dulu
chow












Monday, April 4, 2011

Member Baru

amboi
kemain aku tengok member punya blog

semua dah update
aku nie nampak macam dah kuno

sori la
aku sekarang berazam dah
nak tinggalkan dunia maya nie

kalau tak caye gi tengok kat facebook
aku tak online punya
sebabnya tak lain tak bukan
*tom terom tom tom
aku dah bergiat balek dalam hobi no. 1 aku

of course memancing
haha
giler puas aku
dalam satu minggu jer dah empat port aku try
laut 2 tasik 2
sumpah bes sumpah bes

ops..lupe aku nak perkenalkan member baru aku
mai dari jerman
nak tengok gambo dye?



































haa!!
tengok ler gambo dye
macam-macam jenis posing dye buat

name dye Megabass Super Destroyer F6-69X
aku panggil kail baru jer
dah berpunya dan sedang hangat bercinta

bile bawak memancing jer sumer pandang jelez
termasuk lah awek-awek blonde
"amboi Fit..kemain kamu kail baru"kata Mak Limah

trimas kepada Pak Lang yang telah sponsor kat aku
lain kali kite makan ikan panggang same-same ye Pak Lang
*mengampu sikit..mane tau nanti dapat kete plak

ok lah
citer memanjang bukan nyer korang minat pon

oh ye
lupe aku nak mengumpat pasal sorang neh
tadi ade sorang mamat lebih tua dari aku
datang menyembang time aku ngah menaip citer tadi
aku buat tak layan jer
bukan nak cakap kerek ke idak
tapi kalo dah menyembang pasal no. ekor
astaga
aku pon baran
dah tu air liur dye dok memercik kat screen laptop aku
jap gi punca laptop aku ong bak balek
sebelum aku melalut
baik aku blah

ok lah
chow
















Wednesday, March 30, 2011

Jahanam Lagu


Aku sekarang kalau masuk karaoke, suka jerit je..tak.minat dah nyanyi, stail.macam samseng minum todi..melodi memang ikut suka..entah samseng mana yang merasuk dalam badan pun aku tak tahu,maklumlah rockers. Ah..aku bayar, aku punya sukalah..kalau korang yang sponsor barulah aku nyanyi elok-elok sikit (tapi tak janji).
Semalam aku terpergi Neway, minum air juice topping apajadahntah dengan air milkshake apebendantah,makan fish and frenchfries apanamantah aku tak ingat,  boleh karaoke 3 jam..bilik karaoke besar gedabak dengan bilik air berjamban duduk, air cond, wifi percuma, lampu boleh adjust..microphone sampai 4(kalau suara tak sedap memang tak boleh nak salahkan mic..sebab ada 4), …dan untuk semua tu aku bayar Rm24 sahaja. Murah..tapi dia kira ikut kepalalah.Kalau korang bawak masuk banyak kepala..duit kena up lagi la.
Memamdangkan masa untuk berkaraoke adalah 3 jam, tak payah rushing mashing sangat, nak stop semayang pun boleh kalau tak datang haid. Aku misalnya..bukannye aku nyanyi 3 jam..gila ape nak nyanyi 3 jam..Siti Nurhaliza pun terkencet gitu. Aku makan relax-relax masuk mulut..karaoke..pastu gi kencing relax-relax penuh beradab..karaoke..main wifi kat notebook..check email kalo dapat interview..sambung karaoke..baca fesbuk..ushar twitter..reply sms..sambung karaoke.
Pesen begini sebenarnya tak lari jauh dengan pesen kebanyakkan penyanyi zaman sekarang. Mulut je kata nak jadi penyanyi, tapi tu sebenarnya modal untuk dijadikan pemangkin untuk dapat job berlakon, dapat job jadi jurucakap produk, jadi deejay radio, meniaga bazaar ramadhan dan lain-lain. Jadi tak pelik kalau orang masuk bilik karoke nak memain wifi atau memberak sekalipun. Ada gak yang beromen.kehkehkeh. Cuma..kalau masuk karaoke yang pakai token tu..nyanyi je la..kang tak pesal-pesal kena pijak dengan tokei kalau mintak menu makanan atau wifi.kehkeh.
Akhir kata, korang tahu tak teknik atau tips nak nyanyi karaoke dengan sedap? Kalau tahu..tolong turunkan ilmu vokal tu sikit. Mana tahu akan datang aku terpergi karaoke lagi. Hekehk.Kurang-kurang takdelah sendiri nyanyi,sendiri menanah telinga.

Friday, March 25, 2011

STEADY

Peh..punyalah nerves nak amik keputusan SPM. Nak tido pun kemain terimbau-imbau masa jawab soalan dulu..entah ok entah tidaklah aku jawab. Sambil tu berkira-kira jugaklah berapa A boleh dapat..berapa B boleh dapat. C harapnya takdelah.  Berdebar bukan main tau. Lebih kurang camtulah seram sejuk hati aku.

Pengalaman mendapat keputusan SPM tu sangat memorable. Pagi tu gosok gigi 4 round, biasanya seround je.. maklumlah nanti nak kena senyum sokmo depan kawan-kawan dan para cikgu. Masuk dewan nak amik keputusan dah mula senyum, bila tengok je keputusan..muka sumpah macam tempoyak.


Tapi bila detik nak amik keputusan tu datang, aku fikir dua benda je..pertama BM dapat A dan keduanya Add Math kena lulus. Selebihnya aku jangka kalau tak dapat A..dapat B lah. Amacam..steady tak?


Alkisahnya, BM ni memamg paper wajib lah untuk aku dapat A, kalau dari form 1 dapat A tapi SPM yang sebenar tak dapat A memanglah haramjadah. Cuma yang jadi bergelut sikit adalah masa aku menjawab kertas penulisan..aku ada tulis lain macam sikit. Aku baca soalan dengan cermat kemudian aku karang satu esei yang aku rasa sedap-sedap jugak. Disebabkan aku tak mahu tulis macam skema, jadi aku kekonon buatlah garapan yang thrill skit. Bila dah siap, aku baca balik esei aku..pastu aku jadi ragu-ragu. Esei tu kalau pemeriksa faham garapan aku..maka A lah. Tapi kalau dia tersalah faham..maka esei tu bolehlah dianggap sebagai lari tajuk.mampus. Padan muka aku..sapa suruh nak thrill sangat. Dalam keadaan yg mula kecuakan..lebih kurang 15 minit tinggal..aku ubah sikit-sikit esei aku..ketatkan mana-mana skru ayat supaya pemeriksa faham betul. Kelam kabut lah time tu..merah muka. Akhirnya aku siap disertakan doa supaya takde malapetaka..supaya dia faham apa yang aku nak sampaikan.


Aku punya frust dengan paper penulisan sampai aku sms cikgu BM, mengadu takleh nak buat yang terbaik..giler mengada perangai.kahkah. Sampai susah dia tak reply sms aku..hampeh.


Add math pulak dah memang sedia maklum paper yang dah bunuh aku berkali-kali sepanjang form 4 dan 5. Ni kalau SPM pun kena bunuh, kena babai lah nak masuk Unibesiti..terkubur. Padahal add math ni sebenarnya kalau dapat jawab dua soalan betul pun dah boleh lulus..tak payah nak study semua topik pun. So aku pun buat gitu lah..instead of susah payah study semua topik..aku just directly study yang aku nak jawab je.


Yang add Math ni takdelah aku buat gedik sms cikgu. Mana taknya, aku dah lah add math selalu tak buat kerja sekolah, pastu gagal memanjang..dah tentu-tentulah tak ngam dengan cikgu add math..buat menyampah je cikgu add math baca sms aku nanti.


Akhirnya di hari keputusan SPM diumumkan, BM aku A dan Add Math aku lulus. Yang lain-lain kalau tak A..dapatlah B..x dapat B dapatlah C..  Aku dapat sama seperti apa yang aku usahakan..fair enough. Syukur dan steady!

Wednesday, March 23, 2011

RESULT


Yesterday I called Frank Lampard to express my frustration regarding current form of Chelsea, which is macam lalang. Since we were in the same kinder garden a lot years ago, so I got his number in my cell phone . I press ‘Lampad’, his nick name.

Fit : Hello Lampard..what the hell happen to Chelsea huh..Seems like you guys cannot play properly, tahi..! no champions league ..and premier league is jauh panggang dari api!

Lampard : We are out of the Champions League, we are really far away from the top of the Premier League, so we have to change our targets. We have to look to the Europa League, the FA Cup as the only competitions we can win this season. And making sure that we stay in the top four.

Fit : Europa League? FA Cup? Aiyaaa.. make sure you guys got it !..if not I will make a special proposal for you guys to enter Malaysia Super League..there will be Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan..you want it?

Lampard : Waah..thats wonderful, I can learn from Amri Yahyah and Zaquan Adha,right?

Fit : Your brain berjambul . Im so angry right now, you know.

Lampard : Anyway my best friend, let’s forget about  Chelsea’s result for a while, I wonder how is your exam result.. ?

Fit : Errrr…er…Well..we are in the same boot..i got %&*()^%$ tuuuuuuutttt……(suddenly the line blurred and dead)

Standard la, international rate is so expensive!!