FRANK LAMPARD
Aku dulu masa kuar makan ada berkenalan dengan sorang perempuan. Namanya Qistina..hai Qistina! Ada satu hari tu aku jumpa dia kat dalam kedai makan. Dia kata dia suka Liverpool. Dia kata lagi, dia suka sebab Liverpool ada satu player ni..
“Gerard?” teka aku.Dia kata bukan.
“Torres” pun dia kata bukan.
“Caroll” “Joe Cole”
“Johnson”
Semua yang aku teka dia kata salah dan salah. Tercabar pulak knowledge bolasepak kat dada ni. Kalau tak dapat teka, rugilah beli paper terus bukak ruangan sukan iye dak.
“Alaa…ada satu player ni..cuba sebut lagi nama-nama player Liverpool.” Qistina masih mahu mengingatkan nama player Liverpool yang dia suka tu.
Aku surf laman web Liverpoolfc.tv melalui netbook, mana tahu ada player penting yang aku terlupa nak sebut . Kemudian aku sebut satu persatu nama player Liverpool dari goalkeeper sampai ke nama pemain Liverpool dulu-dulu. Pun takde hasil. “Takpelah.Aku lak suka Chelsea. Mungkin sebab ada Frank Lampard kut” kata aku, mengalah..malas dah nak main teka-teka.
“Haaa..Qistina suka Liverpool sebab ada Lampard!” kata dia, dah ingat nama player Liverpool yang dia suka, Frank Lampard.
Tekanan mental terus aku.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home