Di Pagi Ahad
Di pagi ahad yang indah ini ada baiknya juga kalau aku melakukan sedikit senaman tangan ringan yang dipanggil Facebook. Ye tak? Begitulah niat hati aku tadi, tapi niat tinggal niat sajalah, sapa je yang ada online fesbuk pagi-pagi ahad ni woi. Contoh terdekat adalah diri aku sendiri, seorang yang mudah kesian, kadang(selalu) kesian rasanya nak tinggalkan bantal sorang-sorang kat atas katil nun, terpaksalah menemannya sampai tengahari sikit. Sikap yang mulia, sila salute.
Maka aku gunakan medium blog untuk senaman tangan. Oklah tu..kang nak berpoco-poco nanti dituduh melakukan pemujaan makhluk asing pulak..haram tu.haram ye dak orang Perak? Hehe. Lagipun menulis ni kalau nak tahu, buka sebarangan senaman tangan, ianya turut melibatkan minda dan rohaniah. Sambil.menulis kita berfikir dan menganalisa…maka secara saintifiknya aliran darah pun naik ke otak lalu turun ke paru-paru dan hati lah.cewaaahh!
Kalau kat tempat keje, kalau aku rasa bosan atau tension, atau rasa lemau-lemau susu, aku pun bersenamlah bagi menghilangkan rasa-rasa tak baik tu. Tapi takde lah aku goyangkan pinggul, lipat tangan ke tengkuk dalam kiraan 5 atau panjat-panjat meja bos. Bukan ya kawan-kawan. Biasanya aku akan bersenam dengan cara pergi membeli barang..tu dia haa…cara senaman mazhab manalah aku ikut ntah.
Apa-apa pun, senaman ni lagi memenatkan kalau kaunter juruwang tu ramai orang. Bila ramai orang automatik aku pening kepala, sebab tu aku nervous nak bercakap depan orang ramai. Tapi takpe, banyak lagi alternatif lain untuk mencari kedamaian, contohnya melihat ciptaan tuhan yang menakjubkan, terutamanya yang lawa dan comel..errr ni dah lain dah ni.
Macam aku cakap tadi aku bertugas kat stesen minyak, jadi macam-macamlah pesen manusia..kalau secara klisenya lelaki mesti suka tengok perempuan hot sexy ye tak..tu tak dapat nak elak, tapi sebenarnya sakit mata juga..yang mendamaikan sebenarnya tengok budak-budak kecik ataupun baby dalam stroller..lebih-lebih lagi kalau baby tu pandang kau pastu kau pandang baby tu, bertentang mata…pastu baby nangeh..=_=
Dan lagi satu, kalau dah penat-penat kerja..rehatlah sekejap baca suratkhabar, pastu lalu pulak wanita-wanita berbondong-bondong pergi ke surau menunaikan kewajipan, sejuk je hati..sebagai seorang lelaki tetiba rasa tercabar plak. Wanita ni memang by nature mereka lebih setia dan komited berbanding lelaki..sama ada kepada agamanya atau kepada orang yang disayangi. Eh..seindah-indah wanita kan wanita solehah,nak cakap banyak apa lagi kan kan.. cewah.
Itu je lah senaman pada pagi ini. Kita kembali bersiaran di facebook. Roger and out.

